Sunday 31 May 2015

Andaian dan Pilihan

barangkali kalau aku senyum itu lebih mudah berbanding ditanya mengapa air muka mendung dan air mata membasah

barangkali kalau aku senyum itu lebih mudah berbanding ditanya mengapa air muka mendung dan air mata membasah

barangkali kalau aku hilang itu lebih mudah berbanding ditanya mengapa masih mendiami tempat yang sama sedangkan aku cuma mantan

barangkali kalau aku hilang ingatan itu lebih mudah berbanding diasak kenangan berlegar-legar keliling memori dan mengacu peluru mati

barangkali hidup ini tiada yang mudah penyelesaiannya rumit aturannya sulit dan manusia akan tersepit antara menahan atau melepaskan?

Saturday 30 May 2015

Kosong yang Tak Terisi

kosongnya raga tiada cinta sedangkan Tuhan telah menyampaikan rasa dalam bait-bait warkah-Nya yang kau culas baca

Thursday 28 May 2015

Kajian Atma

jika mengkaji atma itu bidang pengajianmu mungkin patut aku gelar kau sarjana paling bijaksana diberi anugerah dijulang bangga

Wednesday 27 May 2015

Doa Buat yang Tercinta (Ketidaktahuan Siapa)

Seri kesuma Merindui kanda Entah siapa Namun diselia Doa buatnya Moga dijaga Yang Maha Kuasa

Friday 8 May 2015

Untuk Apa Kau Membaca?

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Aku punya persoalan rawak.

Membaca dalam konteks statistik yang sering digembar-gembur itu apa ya? Adakah pembacaan yang terhad kepada bahan bercetak sahaja?

Aku rasa kalau dimasukkan sekali bahan bacaan secara virtual, maka rakyat Malaysia ini semestinya rajin membaca. Membaca dan cakna untuk berkongsi. Hasilnya aku sering lihat artikel yang sama berlegar dalam Whatsapp, Twitter dan Facebook.

Rajinnya mereka membaca. Tapi mungkin kurang kritis fikirannya. Membaca lantas mudah percaya. Tak kurang membaca tajuk berita tanpa membaca kandungan berita.

Mungkinkah mereka punya KPI tersendiri? Menjadi perintis isu-isu terbaru untuk diviralkan?






Salam Perkenalan, Hai Nama Aku Enol

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Kembali menulis blog setelah menutup akaun blog sejak tahun 2009. Ya dulu aku menulis, kemudian aku rasa penulisan aku mengganggu diri aku sendiri. Jadi aku lupuskan akaun itu. Moga penulisan kali ini lebih matang dan lebih manfaat.

Kalau tak menjadi sebahagian daripada ahli ZineSatuMalam, mungkin aku hanya menulis di akaun peribadi laman-laman sosial sahaja. Harapnya ini permulaan yang baik. Menulis untuk berkongsi dan meluah pandangan peribadi.

Aku cuba mengekalkan penulisan dengan ejaan penuh dan seminima mungkin kesalahan tatabahasa. Jadi mohon tegur jika aku tersalah tulis. Aku ingin belajar. Menghargai keindahan bahasa dalam bicara, biarpun secara maya.

Salam perkenalan. Boleh panggil aku Enol. Ini nama timangan. Biasanya keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja yang panggil aku dengan nama ini.

Aku mahu pembaca aku mesra dengan penulisan aku. Aku bukan orang yang ramah, jadi sekurang-kurangnya tulisan aku mampu ramah. Sampai kepada pembaca.

Semoga bertemu lagi.