Friday 8 May 2015

Salam Perkenalan, Hai Nama Aku Enol

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Kembali menulis blog setelah menutup akaun blog sejak tahun 2009. Ya dulu aku menulis, kemudian aku rasa penulisan aku mengganggu diri aku sendiri. Jadi aku lupuskan akaun itu. Moga penulisan kali ini lebih matang dan lebih manfaat.

Kalau tak menjadi sebahagian daripada ahli ZineSatuMalam, mungkin aku hanya menulis di akaun peribadi laman-laman sosial sahaja. Harapnya ini permulaan yang baik. Menulis untuk berkongsi dan meluah pandangan peribadi.

Aku cuba mengekalkan penulisan dengan ejaan penuh dan seminima mungkin kesalahan tatabahasa. Jadi mohon tegur jika aku tersalah tulis. Aku ingin belajar. Menghargai keindahan bahasa dalam bicara, biarpun secara maya.

Salam perkenalan. Boleh panggil aku Enol. Ini nama timangan. Biasanya keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja yang panggil aku dengan nama ini.

Aku mahu pembaca aku mesra dengan penulisan aku. Aku bukan orang yang ramah, jadi sekurang-kurangnya tulisan aku mampu ramah. Sampai kepada pembaca.

Semoga bertemu lagi.

No comments:

Post a Comment