Friday, 24 July 2015

Peminat

Kadang-kadang sukar untuk membezakan minat kepada produknya atau minat kepada pengeluarnya. Produk yang baik tentulah mendapat tempat di hati penggguna. Lantas tidak hairanlah jika pengguna menyanjung pengeluar produk.

Sama halnya dengan penulis dan tulisannya. Hasil karya yang menawan hati pembaca, bikin pembaca mengagumi si penulis. Kemudian cuba mengenali hal-hal lain berkenaan penulis menjadikan si pembaca sebagai peminat.

Peminat kepada hasil tulisan itu atau peminat kepada keperibadian si penulis? Entahlah. Jika tulisan itu datangnya dari hati, salahkah jika pembaca tertarik dengan hati si penulis? Hati menginginkan apa yang diinginkannya.