Friday 24 July 2015

Peminat

Kadang-kadang sukar untuk membezakan minat kepada produknya atau minat kepada pengeluarnya. Produk yang baik tentulah mendapat tempat di hati penggguna. Lantas tidak hairanlah jika pengguna menyanjung pengeluar produk.

Sama halnya dengan penulis dan tulisannya. Hasil karya yang menawan hati pembaca, bikin pembaca mengagumi si penulis. Kemudian cuba mengenali hal-hal lain berkenaan penulis menjadikan si pembaca sebagai peminat.

Peminat kepada hasil tulisan itu atau peminat kepada keperibadian si penulis? Entahlah. Jika tulisan itu datangnya dari hati, salahkah jika pembaca tertarik dengan hati si penulis? Hati menginginkan apa yang diinginkannya.

Tuesday 2 June 2015

Hati, Jiwa dan Minda


هاي هاتي
جاتوهله دكااو د تمڤت يڠ واجر
اڬر تق اكو سوسه مڠوتيڤ سمولا



هاي جيوا
تتڤله دكااو برسام راڬ
اڬر اكو تق برنتاكن راس



هاي ميندا
وارسكنله چتوسن عقلمو
اڬر تق ترتيواس ديك ڤراسان

Monday 1 June 2015

Namaku Manusia

katanya nama aku ini nama bidadari syurga mohon maaf, aku manusia masih ada sepikul dosa punya sejoreng pahala entah yg mana memberat neraca

mencari syurga bukan di hujung-hujung usia maut kau tak nampak bila mencari syurga dibiasakan amalan selayaknya melazimi sampai sebati

bukan insan suci bukan bidadari cuma manusia yg mencari Ilahi di celahan dunia yg basi

Sunday 31 May 2015

Andaian dan Pilihan

barangkali kalau aku senyum itu lebih mudah berbanding ditanya mengapa air muka mendung dan air mata membasah

barangkali kalau aku senyum itu lebih mudah berbanding ditanya mengapa air muka mendung dan air mata membasah

barangkali kalau aku hilang itu lebih mudah berbanding ditanya mengapa masih mendiami tempat yang sama sedangkan aku cuma mantan

barangkali kalau aku hilang ingatan itu lebih mudah berbanding diasak kenangan berlegar-legar keliling memori dan mengacu peluru mati

barangkali hidup ini tiada yang mudah penyelesaiannya rumit aturannya sulit dan manusia akan tersepit antara menahan atau melepaskan?

Saturday 30 May 2015

Kosong yang Tak Terisi

kosongnya raga tiada cinta sedangkan Tuhan telah menyampaikan rasa dalam bait-bait warkah-Nya yang kau culas baca

Thursday 28 May 2015

Kajian Atma

jika mengkaji atma itu bidang pengajianmu mungkin patut aku gelar kau sarjana paling bijaksana diberi anugerah dijulang bangga

Wednesday 27 May 2015

Doa Buat yang Tercinta (Ketidaktahuan Siapa)

Seri kesuma Merindui kanda Entah siapa Namun diselia Doa buatnya Moga dijaga Yang Maha Kuasa